Anda akan merasa gembira dan lebih bertenaga sekiranya anda selalu membuat kerja-kerja yang penting sahaja. Jika anda cuba membuat kerja-kerja yang susah atau mustahil anda lakukan, cubalah memeriksa rutin kerja harian anda dahulu. Senaraikan semua kerja yang perlu dibuat setiap hari. Cuba habiskan setiap hari. Elakkan penangguhan kerja kerana ia akan membuatkan anda rasa bersalah.
Cuba ubah rutin harian. Mintaklah pertolongan isteri atau suami serta anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja di rumah agar rumah tidak berserabut selepas pulang dari bekerja.
Elakkan dari terdedah berlebihan dari panas matahari kerana ia boleh menyerap kecergasan. Kepanasan yang berlebihan membuatkan anda berpeluh dan perpeluhan akan membuatkan anda kehilangan garam. Kekurangan garam boleh menyebabkan sakit otot dan keletihan. Ambil sedikit garam berlebihan di dalam makanan anda pada keesokkan harinya.
Kurangkan berat badan anda sekarang jika anda berasa kegemukan. Berat badan berlebihan akan membuat anda keletihan, makan lebih banyak buah-buahan, sayuran salad dan lain-lain sumber yang tinggi kandungan fibernya di antara waktu makan supaya anda akan berasa kekenyangan serta kurangkan makanan ringan. Mulai dengan berjoging, bermain tenis dan sentiasa melakukan senaman secara teratur. Lakukan sedikit senaman yang melibatkan otot dan sendi. Senaman ringkas begini adalah lebih baik dari senaman yang teruk dan panjang.
Kurangkan stress. Bimbang, benci, takut, cemburu dan marah adalah emosi yang boleh membinasakan tenaga yang memberi ransangan yang berlebihan kepada pemikiran dengan perkara-perkara yang negatif. Lihat kualiti yang baik di dalam diri seseorang yang anda benci. Emosi gembira akan lebih merehatkan minda. Selalu senyum dan elakkan merungut dan anda pasti akan gembira. Orang yang gembira jarang kelihatan letih.
Selalu menghubungi rakan-rakan. Tiada yang lebih baik dari bercakap dari hati ke hati dengan seseorang yang anda suka. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan Merasa rendah diri atau kesepian yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga. Banyak orang yang sering keseorangan kelihatan lesu.
Memberi penghargaan kepada diri sendiri dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik di waktu petang Penglibatan begini adalah yang terbaik untuk menghiburkan hati dan menghilangkan kepenatan.
Keluar dari kelompok rasa bersalah. Senaraikan aktiviti- aktiviti anda yakni bagaimana anda memanfaatkan waktu dan kemudian tulis semula perkara yang anda ingin buat tetapi belum terlaksana. Contoh: Adakah anda ingin belajar menari tanggo? Jika ya, cuba untuk mencari ruang waktu dan ambil kelas pembelajarannya. Hobi yang menarik serta mencabar boleh menghilangkan perasaan kepenatan dengan cepat.
Tambah tenaga. Ambil makanan tambahan seperti Vitamin Elakkan dan mineral atau ginseng untuk menambah tenaga. merokok dan minum minuman keras yang mana ia akan mengakibatkan keracunan darah dan membuatkan anda tertekan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar